Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan peristiwa agung dan mulia yang mana Rasulullah SAW telah dibawa oleh Malaikat Jibril menaiki Buraq pada malam 27 Rejab tahun ke-10 kerasulan dari Masjidil Haram ke Masjidil al-Aqsa. Seterusnya naik ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT dan kembali ke Masjidlil Haram pada malam yang sama.
Peristiwa Israk dan Mikraj sangat agung dan mulia dalam sejarah kehidupan Rasulullah SAW sebagai tanda kebesaran Allah SWT melalui satu perjalanan yang luar biasa, yang menggabungkan perjalanan fizikal dan spiritual.
Pada malam itu, 27 Rejab, tahun ke-10 kerasulan, Rasulullah SAW telah dibawa oleh Malaikat Jibril menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah menuju Masjidil Aqsa di Palestin.
Dari Masjidil Aqsa di Palestin itu, Baginda SAW dibawa pula ke langit yang tinggi menuju Sidratul Muntaha, tempat di mana tiada seorang pun dari kalangan kita atau makhluk lain sampai di sana.
Di sinilah Rasulullah SAW berjumpa dengan Allah SWT untuk menerima perintah salat yang diwajibkan kepada umat Islam.
Peristiwa luar biasa ini berakhir dengan kembalinya Baginda SAW ke Masjidil Haram pada malam yang sama, menjadikan peristiwa ini bukan sahaja penuh dengan hikmah, tetapi juga menjadi tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.
Israk: Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Pada malam Rejab itu, Rasulullah SAW dibawa oleh Malaikat Jibril menaiki Buraq, seekor haiwan yang luar biasa pantasnya, dari Masjidil Haram di Mekah menuju Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin.
Perjalanan ini dikenali Israk, di mana Baginda SAW menempuh jarak yang sangat jauh dalam waktu yang singkat.
Sepanjang perjalanan, Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai peristiwa yang memberi kesan mendalam, dan singgah di beberapa tempat untuk melihat kebesaran Allah SWT.
Mikraj: Perjalanan ke langit dan bertemu dengan Allah SWT
Setelah tiba di Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW mengimami salat berjemaah bersama nabi-nabi terdahulu.
Selesai salat, Baginda SAW meneruskan perjalanan lagi, dikenali sebagai Mikraj.
Dalam perjalanan ini, Rasulullah SAW dibawa naik ke langit tertinggi, menuju Sidratul Muntaha, sebuah tempat yang sangat mulia dan tinggi.
Sepanjang perjalanan ke langit tertinggi, Rasulullah SAW bertemu dengan nabi dan rasul terdahulu, antaranya; Nabi Adam AS, Nabi Isa AS, Nabi Yahya AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Idris AS, Nabi Harun AS, Nabi Musa AS dan Nabi Ibrahim AS.
Di tempat yang sangat mulia dan tinggi, Rasulullah SAW bertemu dengan Allah SWT dan menerima perintah yang sangat penting, iaitu; kewajipan salat lima waktu sehari semalam untuk umat Islam.
Dalam perjalanan itu juga, Baginda SAW dipertontonkan pelbagai peristiwa yang mengesankan, termasuklah melihat azab bagi mereka yang melakukan dosa dan ganjaran pahala bagi mereka yang melakukan ketaatan semasa hidup di dunia ini.
Semuanya memberikan pengajaran mendalam mengenai keadilan Allah SWT, ganjaran dan hukuman yang diberikan berdasarkan perbuatan manusia.
Kembali ke Masjidil Haram di Mekah
Setelah menerima perintah salat, Rasulullah SAW kembali ke Masjidil Haram di Mekah pada malam yang sama.
Kejadian ini merupakan satu mukjizat besar yang hanya mampu dilakukan oleh kekuasaan Allah SWT kerana perjalanannya sangat jauh dan berlaku dalam masa singkat.
Semua peristiwa ini berlaku semalaman sahaja.
Pengajaran dan hikmah dari peristiwa Israk Mikraj
1. Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya perjalanan berbentuk fizikal tetapi juga pengajarannya sangat berharga.
Antaranya; kewajipan salat lima waktu yang ditetapkan oleh Allah SWT sebagai tiang agama sebagai cara mendekatkan diri kepada-Nya.
2. Selain itu, peristiwa ini juga mengingatkan umat Islam akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang mengatasi segala-galanya.
Kedudukan Sidratul Muntaha yang dikunjungi oleh Rasulullah SAW juga menunjukkan bahawa terdapat alam yang jauh lebih tinggi dan agung yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran manusia biasa.
3. Ini memberi gambaran bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan segala yang ada di alam semesta ini adalah ciptaan Allah SWT.
Peristiwa Israk dan Mikraj merupakanv satu mukjizat yang sangat penting dalam Islam yang tidak hanya memperlihatkan keajaiban perjalanan Rasulullah SAW tetapi memberi petunjuk hidup yang sangat berguna untuk umat manusia.
Peristiwa ini mengajarkan kita untuk menghargai ibadah, mengingatkan kita tentang kehidupan selepas mati, serta menunjukkan bahawa segala yang berlaku di alam ini adalah dalam kekuasaan dan pengetahuan Allah SWT.
Allahuakhbar.
No comments:
Post a Comment