Oleh WAT
KAMAL ABAS
1 Jun 2023,
7:00 am
BAGAN SERAI: Paras air di Tasik Kolam Bukit
Merah di sini yang menjadi sumber utama air untuk kegunaan domestik dan
pertanian terutama sawah padi di Kerian serta kegunaan perindustrian di Taiping
didapati surut berikutan cuaca panas.
Tinjauan
Utusan Malaysia mendapati paras air tasik itu kini surut sehingga menampakkan
tunggul-tunggul kayu di dasarnya, malah, dikatakan kawasan yang kering sehingga
sejauh lebih 700 meter daripada pelantar nelayan darat di Kampung Selamat di
sini.
Keadaan itu
membimbangkan pesawah di Kerian, kemungkinan keadaan itu menjejaskan pengairan
di sawah mereka, seperti yang pernah berlaku pada Jun tahun lalu apabila tasik
itu surut hingga paras kritikal.
Seorang
penduduk, Mohd Zainal Ramle, 39, berkata, penyusutan air di tasik itu semakin
ketara sejak dua hari lalu berikutan cuaca panas.
Katanya,
penyusutan air di tasik itu memang sudah berlaku sejak beberapa minggu lalu dan
keadaannya semakin ketara dua hari lalu.
“Keadaan ini disebabkan cuaca panas
berterusan, memang ada hujan lebat pada Jumaat lalu di kawasan tasik ini namun
kadar hujan yang turun masih belum cukup untuk menampung air di dalam kawasan
tadahan ini untuk berada pada paras normal,” katanya.
Menurutnya,
penyusutan paras air yang berlaku pada masa ini sedikit sebanyak menyukarkan
nelayan darat keluar mencari rezeki di tasik itu.
Katanya,
selain air yang surut, sukar untuk nelayan ke tengah tasik kerana tunggul kayu
di dasar kolam menyukarkan mereka untuk menaiki bot.
“Saya harap penyusutan air ini tidak
sampai ke paras kritikal hingga menyebabkan air ditutup untuk pengairan sawah
padi seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
Seorang
pesawah, Mohd Zahid Samad,46, berkata, dia amat bimbang sekiranya paras air
kolam Tasik Bukit Merah terus menyusut ke paras paling kritikal menyebabkan
bekalan air untuk sawah padi terjejas.
“Anak padi baru mencapai usia tiga
minggu, sekiranya paras air terus menurun sudah tentu menjejaskan bekalan air
ke sawah.
“Apa yang berlaku tahun lalu apabila
paras air di tasik ini berada pada paras kritikal, diharap tidak berlaku pada
tahun ini,” katanya.
Pada Jun
lalu, akhbar ini menyiarkan laporan mengenai air Tasik Bukit Merah di sini
mengalami surut yang paling teruk pernah berlaku akibat cuaca panas.
Keadaan itu membimbangkan kerana air tasik itu merupakan sumber kegunaan pertanian terutama sawah padi di Kerian, pengguna domestik dan perindustrian termasuk kegunaan perindustrian di Taiping.-UTUSAN
Ikuti kami
di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram &
TikTok
Pautan: Tasik
Bukit Merah mmulai kering akibat cuaca panas
No comments:
Post a Comment