Bukan saja hutang sesama
manusia perlu dibayar, kepada Allah juga hendaklah dilunaskan
Jumaat, 8 Mac 2019 11:23 AM
Oleh: USTAZ SHAMS
Mengeluarkan zakat adalah
wajib dan jika seseorang itu terlupa membayarnya maka waris hendaklah berbuat
demikian jika individu itu meninggal dunia.
MANUSIA memang tidak dapat
lari daripada berhutang samada terpaksa berhutang kerana kesempitan hidup atau
pun kerana tidak mampu membiayai persekolahan terutama di peringkat diploma dan
ijazah atau pun kerana membiayai sesuatu projek dan sebagainya.
Dalam Islam hutang terbahagi
kepada dua jenis iaitu hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. Jarang
orang kisahkan hutang dengan Allah. Atau tak pernah kita dengar orang hutang
dengan Allah dibankrupkan, yang selalu kita dengar: “Oh dia tu dah bankrup tak bayar hutang dengan bank.”
Mari kita selidik apa hutang
manusia dengan Allah. Hutang dengan Allah bermaksud kita sebagai hamba
berhutang dengan Allah sebagai Pencipta kita dalam bentuk amalan wajib atau
fardu ain yang masih belum ditunaikan atau mungkin hutang dalam bentuk fardu
kifayah yang belum dapat dilaksanakan.
Kalau kita perhatikan fardu
ain kita dengan Allah sangat banyak ke atas manusia yang mukallaf seperti kita
wajib mengerjakan rukun Islam yang lima seperti salat, berzakat, berpuasa,
mengerjakan haji yang mana semuanya mempunyai syarat-syarat yang tertentu.
Apabila cukup syarat
masing-masing maka kita wajib melaksanakannya.
Tetapi sama ada kita tidak
melaksanakannya disebabkan enggan dengan sengaja, lalai atau dengan tidak
sengaja maka wajib bagi kita melaksanakannya dengan menggantikannya yang kita
namakan sebagai qada.
Lebih teruk lagi keadaannya kalau
kita telah meninggal dunia dalam keadaan kewajiban atau “hutang” tersebut tidak kita tunaikan.
Hutang Salat
Malangnya ada kewajiban yang
tidak boleh digantikan oleh orang lain hatta waris kita seperti salat. Salat
merupakan kewajiban ke atas individu yang mukallaf dan tidak boleh digantikan salat
tersebut oleh orang lain melainkan kita sendiri.
Apabila kita tidak salat
dengan sengaja tiba-tiba mati tanpa sempat membayar hutang salat kepada Allah,
maka kita akan menanggung dosa meninggalkan salat sendiri dan akan diseksa oleh
Allah. Nauzubillah. Maka sebab itu kita kena jaga salat dan terus menggantikan
salat kita yang tertinggal.
Hutang zakat
Akan tetapi kalau kita
meninggalkan membayar zakat puasa yang mana sudah cukup syaratnya maka boleh
digantikan oleh orang lain seperti anak-anak pewaris kita.
Mereka boleh mengqada/membayar
hutang zakat kita dengan membayar fidyah dan puasa ganti. Mungkin dalam
kalangan kita memang tidak pernah meninggalkan membayar zakat tetapi zakat apa
yang kita tidak pernah tinggalkan?
Adakah cuma zakat fitrah
setiap sebelum hari raya yang cuma RM7 atau RM8
sahaja. Bagaimana pula dengan zakat lain seperti zakat perniagaan, wang
simpanan dan zakat KWSP semasa dikeluarkan.
Allah akan mengazab dengan
cara harta zakat yang kita tidak keluarkan datang dalam bentuk api neraka dan
akan mengatakan bahawa ‘akulah harta
zakat yang kamu tidak keluarkan dan akan mengazab kamu’. Nauzubillah.
Ramai dalam kalangan kita yang
bekerja di sektor swasta dan mempunyai simpanan KWSP.
Setiap kali kita keluarkan
KWSP kita yang melebihi nisab maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5
peratus.
Sekarang ni senang je nak
keluarkan zakat pergi je ke kaunter zakat mereka akan kirakan untuk kita dan
bayar. Senangkan? Kalau tak pernah keluarkan zakat itulah hutang kita dengan
Allah s.w.t. yang wajib dibayar.
Kalau kita dah meninggal maka
wajib dibayar daripada harta peninggalan kita sebelum kita bahagikan sebagai
harta pusaka.
Tapi ada jaminan tak kalau
kita mati dan tinggalkan harta untuk anak kita dan pewaris kita akan bayar
hutang kita dengan Allah atau dapat je harta pusaka mereka akan tukar kereta
baharu dan sebagainya?
Sebab itu digalakkan kita
bayar semasa kita hidup takut-takut kita yang kena seksa dan anak-anak senang
linang menghabiskan harta kita.
Zakat emas yang kita simpan
atau pakai atau niagakan pun adakah kita dah bayar zakat atau tak?
Saham yang kita niagakan
adakah dah dibayar zakat atau tidak? Tetapi kita perlu ingat zakat cuma boleh
dibayar melalui sumber yang halal sahaja.
Kalau saham yang kita niagakan
itu daripada kaunter yang tidak patuh syariah maka perniagaan itu sendiri haram
mungkin kerana riba, judi atau gharar.
Hutang Haji
Hutang dengan Allah juga boleh
dalam bentuk hutang menunaikan haji ke Makkah. Dalam keadaan kita dah cukup
syarat dan kemampuan ke Makkah untuk menunaikan haji tetapi kita tangguhkan
bukan dengan sebab yang dibenarkan.
Bayangkan jika kita mati, maka
kita telah berhutang dengan Allah dan waris wajib berusaha agar badal haji buat
si mati dilakukan.
Hutang nazar
Dalam bentuk yang lain sepeti
kita bernazar dan mati belum sempat menunaikan nazar maka kita wajib membayar
hutang nazar kita dengan Allah.
Hutang kifarat
Kifarat atau denda yang belum
dilaksanakan juga wajib dibayar. Contohnya kifarah sumpah, zihar iaitu sebagai
contoh kita pernah bersetubuh dengan isteri pada siang hari bulan Ramadan yang
membatalkan puasa, maka wajib kita bayar hutang Allah dengan puasa selama dua
bulan berturut-turut.
Jika tak mampu, maka hendaklah
dengan memberi makan kepada fakir miskin seramai 60 orang.
Atas alasan tersebut maka
setiap orang perlu berusaha melangsaikan hutangnya bukan sahaja kepada manusia
sebaliknya kepada Allah.
Takut nanti apabila kita mati,
kita akan meninggalkan harta tetapi pewaris kita tidak mengetahui bahawa kita
ada hutang yang wajib tetapi belum dilunaskan
*** Ustaz Shams ialah
penysarah di sebuah kolej.
No comments:
Post a Comment