by MOHD ZULKIFLI SHAFIE on
OCTOBER 26, 2009
Dengan
Allah Dua hari lepas kuliah zohor
oleh Ustaz Zulkarnain Hamzah (Ustaz Zul). Ustaz Zul adalah host rancangan Kalam
Suci di Astro Oasis. Dan rancangan Kalam Suci pula ditaja oleh Rayhar Travel,
iaitu syarikat tempat Ustaz Zul bekerja i.e. bawa jemaah haji.
Satu pesanan Ustaz Zul (yang
saya masih ingat) bagi orang yang nak cepat pergi haji iaitu pastikan duit
dalam akaun Tabung Haji ada RM9,000 lebih. Katanya, bila ada kuota tambahan
atau kekosongan, Tabung Haji akan hubungi sesiapa yang dalam akaunnya ada
RM9,000 lebih, terutamanya orang KL. Jadi, simpanlah duit cepat-cepat.
Mudah-mudahan kita dapat cepat-cepat pergi Haji.
4 Hutang Dengan Allah
Menurut Ustaz lagi, dalam
Islam empat perkara yang dianggap hutang dengan Allah – selagi ianya tak
dilangsaikan iaitu Salat, Puasa, Zakat dan Haji.
Salat kalau tinggal masa zaman
‘jahiliah’ dulu, ia mesti bertaubat dan qadha’. Selagi tak bertaubat (sebab
tinggalkan salat), dan qadha’ (ganti) balik salat tersebut, selagi itulah ia
dikira hutang. Tak boleh kira ‘halal’ atau hutang lapuk!
Begitulah juga dengan 3
perkara lagi. Zakat EPF misalnya, selalu orang lupa. EPF memang tak wajib
zakat. Tapi, bila ianya dikeluarkan dari akaun, maka jatuhlah hukum wajib bayar
zakat hatta pengeluaran untuk full-settlement pinjaman rumah. Yang ni selalu
orang lupa.
Hutang dengan Allah kalau tak
langsaikan di Dunia, kena ‘langsaikan’ juga di hari Akhirat kelak. Malangnya,
hari Akhirat ialah hari yang tiada lagi jalan pulang…
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
11 September 2009
No comments:
Post a Comment