Thursday 25 April 2019

Hutang





Bukan saja hutang sesama manusia perlu dibayar, kepada Allah juga hendaklah dilunaskan

Jumaat, 8 Mac 2019 11:23 AM
Oleh: USTAZ SHAMS

Mengeluarkan zakat adalah wajib dan jika seseorang itu terlupa membayarnya maka waris hendaklah berbuat demikian jika individu itu meninggal dunia.

MANUSIA memang tidak dapat lari daripada berhutang samada terpaksa berhutang kerana kesempitan hidup atau pun kerana tidak mampu membiayai persekolahan terutama di peringkat diploma dan ijazah atau pun kerana membiayai sesuatu projek dan sebagainya.

Dalam Islam hutang terbahagi kepada dua jenis iaitu hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. Jarang orang kisahkan hutang dengan Allah. Atau tak pernah kita dengar orang hutang dengan Allah dibankrupkan, yang selalu kita dengar: “Oh dia tu dah bankrup tak bayar hutang dengan bank.”

Mari kita selidik apa hutang manusia dengan Allah. Hutang dengan Allah bermaksud kita sebagai hamba berhutang dengan Allah sebagai Pencipta kita dalam bentuk amalan wajib atau fardu ain yang masih belum ditunaikan atau mungkin hutang dalam bentuk fardu kifayah yang belum dapat dilaksanakan.

Kalau kita perhatikan fardu ain kita dengan Allah sangat banyak ke atas manusia yang mukallaf seperti kita wajib mengerjakan rukun Islam yang lima seperti salat, berzakat, berpuasa, mengerjakan haji yang mana semuanya mempunyai syarat-syarat yang tertentu.

Apabila cukup syarat masing-masing maka kita wajib melaksanakannya.

Tetapi sama ada kita tidak melaksanakannya disebabkan enggan dengan sengaja, lalai atau dengan tidak sengaja maka wajib bagi kita melaksanakannya dengan menggantikannya yang kita namakan sebagai qada.

Lebih teruk lagi keadaannya kalau kita telah meninggal dunia dalam keadaan kewajiban atau “hutang” tersebut tidak kita tunaikan.

Hutang Salat

Malangnya ada kewajiban yang tidak boleh digantikan oleh orang lain hatta waris kita seperti salat. Salat merupakan kewajiban ke atas individu yang mukallaf dan tidak boleh digantikan salat tersebut oleh orang lain melainkan kita sendiri.

Apabila kita tidak salat dengan sengaja tiba-tiba mati tanpa sempat membayar hutang salat kepada Allah, maka kita akan menanggung dosa meninggalkan salat sendiri dan akan diseksa oleh Allah. Nauzubillah. Maka sebab itu kita kena jaga salat dan terus menggantikan salat kita yang tertinggal.


Hutang zakat

Akan tetapi kalau kita meninggalkan membayar zakat puasa yang mana sudah cukup syaratnya maka boleh digantikan oleh orang lain seperti anak-anak pewaris kita.

Mereka boleh mengqada/membayar hutang zakat kita dengan membayar fidyah dan puasa ganti. Mungkin dalam kalangan kita memang tidak pernah meninggalkan membayar zakat tetapi zakat apa yang kita tidak pernah tinggalkan?

Adakah cuma zakat fitrah setiap sebelum hari raya yang cuma RM7 atau RM8  sahaja. Bagaimana pula dengan zakat lain seperti zakat perniagaan, wang simpanan dan zakat KWSP semasa dikeluarkan.

Allah akan mengazab dengan cara harta zakat yang kita tidak keluarkan datang dalam bentuk api neraka dan akan mengatakan bahawa ‘akulah harta zakat yang kamu tidak keluarkan dan akan mengazab kamu’. Nauzubillah.

Ramai dalam kalangan kita yang bekerja di sektor swasta dan mempunyai simpanan KWSP.

Setiap kali kita keluarkan KWSP kita yang melebihi nisab maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus.

Sekarang ni senang je nak keluarkan zakat pergi je ke kaunter zakat mereka akan kirakan untuk kita dan bayar. Senangkan? Kalau tak pernah keluarkan zakat itulah hutang kita dengan Allah s.w.t. yang wajib dibayar.

Kalau kita dah meninggal maka wajib dibayar daripada harta peninggalan kita sebelum kita bahagikan sebagai harta pusaka.

Tapi ada jaminan tak kalau kita mati dan tinggalkan harta untuk anak kita dan pewaris kita akan bayar hutang kita dengan Allah atau dapat je harta pusaka mereka akan tukar kereta baharu dan sebagainya?

Sebab itu digalakkan kita bayar semasa kita hidup takut-takut kita yang kena seksa dan anak-anak senang linang menghabiskan harta kita.

Zakat emas yang kita simpan atau pakai atau niagakan pun adakah kita dah bayar zakat atau tak?

Saham yang kita niagakan adakah dah dibayar zakat atau tidak? Tetapi kita perlu ingat zakat cuma boleh dibayar melalui sumber yang halal sahaja.

Kalau saham yang kita niagakan itu daripada kaunter yang tidak patuh syariah maka perniagaan itu sendiri haram mungkin kerana riba, judi atau gharar.


Hutang Haji

Hutang dengan Allah juga boleh dalam bentuk hutang menunaikan haji ke Makkah. Dalam keadaan kita dah cukup syarat dan kemampuan ke Makkah untuk menunaikan haji tetapi kita tangguhkan bukan dengan sebab yang dibenarkan.

Bayangkan jika kita mati, maka kita telah berhutang dengan Allah dan waris wajib berusaha agar badal haji buat si mati dilakukan.


Hutang nazar

Dalam bentuk yang lain sepeti kita bernazar dan mati belum sempat menunaikan nazar maka kita wajib membayar hutang nazar kita dengan Allah.


Hutang kifarat

Kifarat atau denda yang belum dilaksanakan juga wajib dibayar. Contohnya kifarah sumpah, zihar iaitu sebagai contoh kita pernah bersetubuh dengan isteri pada siang hari bulan Ramadan yang membatalkan puasa, maka wajib kita bayar hutang Allah dengan puasa selama dua bulan berturut-turut.

Jika tak mampu, maka hendaklah dengan memberi makan kepada fakir miskin seramai 60 orang.

Atas alasan tersebut maka setiap orang perlu berusaha melangsaikan hutangnya bukan sahaja kepada manusia sebaliknya kepada Allah.

Takut nanti apabila kita mati, kita akan meninggalkan harta tetapi pewaris kita tidak mengetahui bahawa kita ada hutang yang wajib tetapi belum dilunaskan

*** Ustaz Shams ialah penysarah di sebuah kolej.






Tuesday 16 April 2019

Hutang Dengan Allah




by MOHD ZULKIFLI SHAFIE on OCTOBER 26, 2009

Dengan Allah Dua hari lepas kuliah zohor oleh Ustaz Zulkarnain Hamzah (Ustaz Zul). Ustaz Zul adalah host rancangan Kalam Suci di Astro Oasis. Dan rancangan Kalam Suci pula ditaja oleh Rayhar Travel, iaitu syarikat tempat Ustaz Zul bekerja i.e. bawa jemaah haji.

Satu pesanan Ustaz Zul (yang saya masih ingat) bagi orang yang nak cepat pergi haji iaitu pastikan duit dalam akaun Tabung Haji ada RM9,000 lebih. Katanya, bila ada kuota tambahan atau kekosongan, Tabung Haji akan hubungi sesiapa yang dalam akaunnya ada RM9,000 lebih, terutamanya orang KL. Jadi, simpanlah duit cepat-cepat. Mudah-mudahan kita dapat cepat-cepat pergi Haji.


4 Hutang Dengan Allah

Menurut Ustaz lagi, dalam Islam empat perkara yang dianggap hutang dengan Allah – selagi ianya tak dilangsaikan iaitu Salat, Puasa, Zakat dan Haji.

Salat kalau tinggal masa zaman ‘jahiliah’ dulu, ia mesti bertaubat dan qadha’. Selagi tak bertaubat (sebab tinggalkan salat), dan qadha’ (ganti) balik salat tersebut, selagi itulah ia dikira hutang. Tak boleh kira ‘halal’ atau hutang lapuk!

Begitulah juga dengan 3 perkara lagi. Zakat EPF misalnya, selalu orang lupa. EPF memang tak wajib zakat. Tapi, bila ianya dikeluarkan dari akaun, maka jatuhlah hukum wajib bayar zakat hatta pengeluaran untuk full-settlement pinjaman rumah. Yang ni selalu orang lupa.

Hutang dengan Allah kalau tak langsaikan di Dunia, kena ‘langsaikan’ juga di hari Akhirat kelak. Malangnya, hari Akhirat ialah hari yang tiada lagi jalan pulang…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
11 September 2009



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title