Foto: Pemandangan dari Udara bangunan Perisikan Pusat Amerika
|
Keamanan sesungguhnya bererti
keselamatan, ketenangan, ketenteraman, kesentosaan dan keselesaan. Sebaliknya
huru hara bererti haru-biru, tidak aman, gempar, kebimbingan, ketakutan, gawat,
kacau bilau, honar, rusuh, ribut, heboh, kecoh dan tidak tenteram. Maka
keamanan mewujudkan keselamatan dengan cara mengambil semua kemudahan dan
mengawal daripada segala yang mendedahkan kepada bahaya.
Firman Allah Taala:
“Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
(wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan
orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan
menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya
untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka
mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu
dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah
itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Quran, surah An-Nur: 55)
Firman Allah Taala:
“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman
mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat
keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Quran, surah Al-An’am:
82)
Firman Allah Taala:
“Dan (berhubung
dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri
yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari
tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka
Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya
disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” (Quran, surah An-Nahli: 112)
Apabila kita membicarakan masalah
keselamatan, keperluan kepada keselamatan itu perlu diutamankan sebagaimana
persediaan-persediaan yang telah lama dilakukan oleh kuasa besar yang
mendahului kita dalam pelbagai kemajuan, kemampuan dan kemudahan. Malah dengan
peralatan persenjataan yang banyak dan canggih mereka selalu melancarkan
pakatan jahat, ugutan, tekanan, sekatan bahkan bukan sahaja dalam bentuk
provokasi tetapi melalui ketenteraan. Mereka merancang, menyelidik, mengkaji,
mengujikaji dan akhirnya melengkapkan diri mereka dengan pelbagai sumber serta
yang paling utama dalam segenap pertimbangan mereka ialah melaksanakan misi.
Foto: Pemandangan dari Udara Bangunan Perisikan Pusat Amerika
Di sini wajar dibentangkan sebahagian
maklumat mengenai jentera Perisikan Pusat Amerika (CIA) di mana dapat kita
ketahui peranan yang dilakukan di lapangan keamanan. Barangkali maklumat yang terhad ini bermanfaat kepada
aktivis-aktivis keamanan, perancang-perancang muda yang berwawasan, agresif dan
terpimpin serta mereka yang prihatin, sensitif berkaitan isu-isu dan kanun umat
Islam.
Perisikan Pusat Amerika atau CIA
(Central Intelligence 0f America) adalah setelah angkatan lautnya yang berada
di Lautan Pasifik pada era 40-an telah diserang oleh tentera Jepun. Akibat
daripada pukulan itu, akhirnya hancur semuanya. Daripada kejadian tersebut
membuatkan Amerika menubuhkan Badan Perisik Pusat Amerika supaya tidak terdedah
lagi kepada serangan mengejut seperti itu.1
Bangunan Jabatan Perisikan Pusat
Amerika di Washington itu, letaknya di atas sebidang tanah yang luasnya tiga
hektar. Bangunannya tujuh tingkat, terdiri dari seribu bilik, di mana
sesetengah bilik itu boleh memuat lebih dari lima ratus orang. Dan tersedia
beberapa medan parkir yang dapat memuat sampai tiga ribu kenderaan. Dan
biaya membangun jabatan ini (ditaksirkan) lebih dari empat
puluh enam juta dollar dan dianggar
jumlah pekerja badan perisik di
Washington ini sahaja sekitar sepuluh ribu orang.2
Badan perisik tersebut terdiri
daripada ahli-ahli perisik, pakar
ketenteraan, bijak pandai umum,
ahli kimia, ahli undang-undang, ahli ilmu jiwa, sarjana atom, pakar-pakar politik,
ilmu bumi dan ahli bahasa. Kebanyakan dari mereka boleh bercakap dalam empat
bahasa dengan mudah dan sebahagiannya mahir sehingga dua puluh empat bahasa.
Jabatan-jabatan intelligence ini menyiapkan berbagai karangan, rekod-rekod dan
dokumen, mikrofilem, memori elektronik, berbagai peta dan alat-alat terjemahan
segera untuk mana semua ini dapat menolong mengatur dan menyimpan maklumat yang
disampaikan dari seluruh pelosok dunia melaui agen-agen dan
perisikan-perisikannya.3
Begitulah berdirinya United State Of
America atau kekuatan-kekuatan jenis lain di dunia ini, sama ada Kristian,
Zionis atau Komunis, dengan cara pengamatan, risikan, cara pengumpulan maklumat
dan peruntukan yang munasabah. Jesteru itu segala rancangan dan pakatan jahat
terhadap Islam dan umat Islam, hari depannya seperti kerja-kerja membiayai
pemberontakan, komplot jahat, pengganas dan mengambil alih kekuasan, mengalih
pandangan, mereka-reka pelbagai isu, membuat-buat kejadian tragedi, menerapkan
pelbagai peraturan, mendirikan dan menwujudkan pelbagai pertubuhan untuk
dipergunakan bagi mencapai maslahat serta kepentingannya walaupun perkara itu
terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan bangsa itu sendiri atau menjadi
penyakit dalaman yang kronis baginya.
Firman Allah Taala:
“Sesungguhnya
orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah
Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah
malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu
berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang
telah dijanjikan kepada kamu.” (Quran, surah Fussilat: 30)
Bersiaplah untuk menghadapi zaman ini.
______________________
1) America Intelligence, oleh Androw
Toly
2) S.d.a hal. 24
3) S.d.a. hal. 36
Foto: Pemandangan Dari Udara Bangunan Perisikan Pusat Amerika
|