Sunday, 1 March 2020

AS-Taliban Tandatangani Perjanjian Proses Damai Afghanistan



Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya akan menarik balik tentera mereka di negara ini sepenuhnya dalam masa 14 bulan jika Taliban mematuhi perjanjian itu.

01.03.2020 ~ 02.03.2020


Taliban dengan Amerika Syarikat (AS) menandatangani perjanjian yang memulakan proses damai di Afghanistan.

Perjanjian yang ditandatangani antara wakil-wakil AS dan Taliban, yang diberi nama "Perjanjian untuk Membawa Perdamaian Ke Afghanistan", ditandatangani dengan upacara yang diadakan di Doha, ibukota Qatar, yang menjadi tuan rumah perundingan antara AS dan Taliban selama hampir dua tahun.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Wakil Khas AS ke Afghanistan, Zalmay Halilzad, bagi pihak Amerika Syarikat, dan Molla Abdulgani Berader, Presiden Politik Pejabat Taliban.

Menurut perjanjian yang akan menamatkan perang 19 tahun di Afghanistan, AS akan mengurangkan jumlah tenteranya di Afghanistan kepada 8 ribu 600 dalam 135 hari.

Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya akan menarik balik tentera mereka di negara ini sepenuhnya dalam masa 14 bulan jika Taliban mematuhi perjanjian itu.






Monday, 30 December 2019

Rusia lancar senjata hipersonik baharu



Senjata hipersonik baharu didakwa mempunyai 
keupayaan untuk menyerang AS.
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 29 Disember 2019


Senjata hipersonik baharu didakwa mempunyai keupayaan untuk menyerang AS.


MOSCOW - Menteri Pertahanan Rusia mengumumkan senjata hipersonik baharu dibangunkan negara itu yang didakwa mempunyai keupayaan untuk menyerang Amerika Syarikat (AS).

Sergei Shoigu memaklumkan misil tersebut dilengkapi kenderaan luncur hipersonik digelar Avangard itu mula beroperasi bersama sebuah unit di wilayah Orenburg di kawasan pergunungan Ural bermula kelmarin.

Pada Mac 2018, Presiden Vladimir Putin pernah mendedahkan tentang senjata canggih tersebut.

"Ia menuju kepada sasaran seperti meteorit dan seperti bebola api. Ia direka menggunakan bahan komposit baharu yang boleh menahan suhu sehingga 2,000 darjah Celsius," ujarnya.

Menurutnya, senjata itu juga boleh mencapai sasaran pada 27 kali lebih cepat daripada kelajuan bunyi dan mampu membawa senjata nuklear sehingga dua megaton.

Difahamkan, Rusia pernah berjaya menguji Avangard sebanyak dua kali pada 2016 dan senjata baharu tersebut adalah sistem sama dibangunkan China yang telah mencetuskan kebimbangan AS hingga mereka terpaksa memikirkan strategi pertahanan baharu. – Agensi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title