Sunday 12 April 2020

HARI INI ADALAH MILIK KITA




Al-Quran menyatakan:




“Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur."


Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik – derhaka."(Quran, surah Al-A'raaf 7:144-145) 



Marilah kita syukuri hari ini, dengan ketika berada saat ini tidak memikirkan untuk sampai ke petang, atau menunggu-nunggu waktu sehingga sampai ke malam atau mengingat-ingat untuk sampai ke waktu pagi esoknya pula.


Ibnu Umar berkata:



“وكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ

 فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ”



“Bila kamu berada di petang hari, maka janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan bila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang. Pergunakanlah waktu sehatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu.”  (Hadith riwayatkan oleh Imam Bukhari)


Begitulah silih bergantinya pagi petang dan siang malam.

Hari ini adalah peluang untuk hidup. Jangan memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan pelbagai kisahnya; kebaikan dan keburukannya. Tidak juga dengan hari esok yang belum pasti datang.

Hari ini matahari memancarkan sinarnya gemerlapan mengenai kita, maknanya siangnya menyapa kita. Siang yang hening itu membuatkan kita mampu melihat alam sekitar, mampu dicapai oleh mata dan perasaan. Itulah hari kita, maka manfaatkanlah hari ini sebaik-baiknya. Ibarat pengantin baru, memanfaatkan hari-hari halimunannya. Atau penembak tepat dimedan perang memanfaatkan peluangnya. Anggaplah detik-detik kehidupan kita hanya hari ini saja, seakan-akannya kita dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan kita sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan; masa lalu dengan berbagai kesedihan, kegembiraan dan ketidaktentuan yang terjadi ketika itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.

Marilah kita pusat dan fokuskan seluruh perhatian dan kreativiti kita untuk satu hari ini. Pada hari inilah, bulatkan tekad persembahkan ikrar terbaik kita, kualiti salat dan puasa kita, yang paling khusyuk dan tawaduk, membaca dan memahami al-Quran secara mendalam, mentaddaburnya secara rendah diri, menzahirkan keikhlasan berbuat umrah dan haji, menghayati jihad secara total dan bersifat kontemporari, merenung kehidupan dunia dengan penuh hati dan kemanisannya, keseimbangan dalam segala perkara, mempersembahkan akhlak yang terindah dan kerelaan dengan semua yang Allah s.w.t. berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, ambil ingatan terhadap kesihatan jiwa dan raga serta menambat hati dan memanfaat semua potensi kepada orang lain.

Semoga 'hari ini adalah milik kita', adalah suatu ungkapan yang paling indah, membisik-bisik dan memiliki kekuatan yang hakiki, mutlak untuk kejayaan diri seperti yang kita inginkan, iaitu syurga di sini dan di sana.

Buatlah yang terbaik untuk hari ini. 

Selamat menjalani ibadat hakiki.







Sunday 1 March 2020

AS-Taliban Tandatangani Perjanjian Proses Damai Afghanistan



Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya akan menarik balik tentera mereka di negara ini sepenuhnya dalam masa 14 bulan jika Taliban mematuhi perjanjian itu.

01.03.2020 ~ 02.03.2020


Taliban dengan Amerika Syarikat (AS) menandatangani perjanjian yang memulakan proses damai di Afghanistan.

Perjanjian yang ditandatangani antara wakil-wakil AS dan Taliban, yang diberi nama "Perjanjian untuk Membawa Perdamaian Ke Afghanistan", ditandatangani dengan upacara yang diadakan di Doha, ibukota Qatar, yang menjadi tuan rumah perundingan antara AS dan Taliban selama hampir dua tahun.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Wakil Khas AS ke Afghanistan, Zalmay Halilzad, bagi pihak Amerika Syarikat, dan Molla Abdulgani Berader, Presiden Politik Pejabat Taliban.

Menurut perjanjian yang akan menamatkan perang 19 tahun di Afghanistan, AS akan mengurangkan jumlah tenteranya di Afghanistan kepada 8 ribu 600 dalam 135 hari.

Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya akan menarik balik tentera mereka di negara ini sepenuhnya dalam masa 14 bulan jika Taliban mematuhi perjanjian itu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title