Saturday, 16 February 2019

USIA TELAGA ZAMZAM




Selepas kewafatan Ismail a.s. Kabilah Jurhum telah menguasai Tanah Haram dan secara langsung menguasai telaga Zamzam.

Mereka dapat minum air Zamzam sepuas-puasnya.

Selepas itu mereka mula berubah; melakukan maksiat dan kemungkaran, tidak menghormati Baitullah, memakan harta yang dihadiahkan kepada Kaabah dan maksiat berleluasa.

Air Zamzam mulai kering (sebagai balasan terhadap kejahatan mereka) tertimbus dan hilang kesannya akibat banjir.

Ada pendapat lain mengatakan bahawa telaga Zamzam hilang kerana ditimbus oleh Kabilah Jurhum ketika mereka hendak keluar dari Makkah setelah kalah perang pada Kabilah Khuza'ah.

Zamzam hilang lenyap daripada penduduk Makkah untuk beberapa tempoh masa yang lama, tetapi dimunculkan kembali dengan takdir Allah s.w.t. semasa hampir dengan kelahiran Rasulullah s.a.w.

Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepada Syaibah bin Hasyim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf (datuk Nabi s.a.w.) melalui mimpi agar menggali semula telaga Zamzam yang tertimbus dengan diberi alamat - tanda tempat asalnya.

Air Zamzam kembali menjadi minuman untuk seluruh penghuni dunia sehingga hari ini.

Tempoh masa kewujudan telaga Zamzam dihitung dari zaman Ibrahim a.s. ketika meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Ismail a.s. di Makkah sehingga hari ini hampir 5,000 (dijadikan angkat bulat) tahun.

Menurut Ibnu Saad dalam At-Tabaqat:

"Jarak antara Nabi Ibrahim a.s. dengan Nabi Musa a.s 1,000 tahun (100 abad). Jarak antara Nabi Musa a.s. dengan Nabi Isa a.s. 1,900 tahun. Jarak antara Nabi Isa a.s. dengan Nabi Muhammad s.a.w. 569 tahun. Umur Rasulullah s.a.w. sebelum hijrah 53 tahun. Bermula hijrah sehingga hari ini 1439 tahun.

"Kemudian ditolak dengan umur Nabi Ibrahim a.s. dengan kelahiran Nabi Ismail a.s. 99 tahun."

Maka umur telaga Zamzam adalah seperti berikut:

Tahun           Tempoh Umur

1000               Nabi Ibrahim a.s. - Nabi Musa a.s.
1900               Nabi Musa a.s. - Nabi Isa a.s.
569                 Nabi Isa a.s. - Nabi Muhammad s.a.w.
53                   Nabi Muhammad s.a.w. sebelum hijrah
1440               Hijrah sehingga kini
(99)                Tolak umur Nabi Ibrahim a.s. ketika lahirkan Nabi Ismail a.s.
---------
4863              Tahun sehingga kini
---------

Sesungguhnya bagi mereka yang gemar memperingati sambutan Haul inilah masanya meraikan telaga Zamzam 4,863 tahun untuk tahun ini.

Wallahu 'Alam.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title