Selepas kewafatan
Ismail a.s. Kabilah Jurhum telah menguasai Tanah Haram dan secara langsung
menguasai telaga Zamzam.
Mereka dapat minum
air Zamzam sepuas-puasnya.
Selepas itu mereka
mula berubah; melakukan maksiat dan kemungkaran, tidak menghormati Baitullah,
memakan harta yang dihadiahkan kepada Kaabah dan maksiat berleluasa.
Air Zamzam mulai
kering (sebagai balasan terhadap kejahatan mereka) tertimbus dan hilang
kesannya akibat banjir.
Ada pendapat lain
mengatakan bahawa telaga Zamzam hilang kerana ditimbus oleh Kabilah Jurhum
ketika mereka hendak keluar dari Makkah setelah kalah perang pada Kabilah
Khuza'ah.
Zamzam hilang lenyap
daripada penduduk Makkah untuk beberapa tempoh masa yang lama, tetapi
dimunculkan kembali dengan takdir Allah s.w.t. semasa hampir dengan kelahiran
Rasulullah s.a.w.
Allah s.w.t. telah
mengilhamkan kepada Syaibah bin Hasyim atau lebih dikenali dengan nama Abdul
Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf (datuk Nabi s.a.w.) melalui mimpi agar
menggali semula telaga Zamzam yang tertimbus dengan diberi alamat - tanda
tempat asalnya.
Air Zamzam kembali
menjadi minuman untuk seluruh penghuni dunia sehingga hari ini.
Tempoh masa kewujudan
telaga Zamzam dihitung dari zaman Ibrahim a.s. ketika meninggalkan isterinya
Hajar dan anaknya Ismail a.s. di Makkah sehingga hari ini hampir 5,000
(dijadikan angkat bulat) tahun.
Menurut Ibnu Saad
dalam At-Tabaqat:
"Jarak antara Nabi Ibrahim a.s. dengan Nabi Musa a.s
1,000 tahun (100 abad). Jarak antara Nabi Musa a.s. dengan Nabi Isa a.s. 1,900
tahun. Jarak antara Nabi Isa a.s. dengan Nabi Muhammad s.a.w. 569 tahun. Umur
Rasulullah s.a.w. sebelum hijrah 53 tahun. Bermula hijrah sehingga hari ini
1439 tahun.
"Kemudian ditolak dengan umur Nabi Ibrahim a.s.
dengan kelahiran Nabi Ismail a.s. 99 tahun."
Maka umur telaga
Zamzam adalah seperti berikut:
Tahun Tempoh Umur
1000 Nabi Ibrahim a.s. - Nabi Musa a.s.
1900 Nabi Musa a.s. - Nabi Isa a.s.
569 Nabi Isa a.s. - Nabi Muhammad
s.a.w.
53 Nabi Muhammad s.a.w. sebelum
hijrah
1440 Hijrah
sehingga kini
(99) Tolak umur Nabi Ibrahim a.s.
ketika lahirkan Nabi Ismail a.s.
---------
4863 Tahun sehingga kini
---------
Sesungguhnya bagi
mereka yang gemar memperingati sambutan Haul inilah masanya meraikan telaga Zamzam
4,863 tahun untuk tahun ini.
Wallahu 'Alam.