Enan Reen bersama Rahmanz Zerna dan Catrina Isahac Damon.
4 Oktober jam 11:42 PTG
KISAH PASANGAN MISKIN
Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang
kecil. Mereka ini masih muda. Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut
kepada isterinya.
“Sayang, saya akan
meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan
bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang
selayaknya kamu dapat. Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu,
cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian
saya, kamu harus setia kepada saya, kerana saya akan setia kepada kamu.”
Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari
sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja.
Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan
syarat-syarat dengan majikannya.
“Saya akan bekerja selama
mana yang saya mahu dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya
daripada pekerjaan saya. Saya tidak mahu menerima gaji saya. saya mahu kamu
simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya
memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”
Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh
tahun tanpa cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi
majikannya dan berkata,
“Tuan, saya mahukan wang
saya, kerana saya ingin pulang.”
Majikan itu menjawab,
“Baiklah, lagipun saya telah
membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu
pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua
wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi
kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan
keputusanmu.”
Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan
majikannya dan berkata,
“Saya mahukan tiga nasihat
itu.”
Majikan itu menekankan semula,
“Jika saya berikan kepadamu
tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”
Pemuda itu menjawab,
“Saya mahu tiga nasihat
itu.”
Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil
jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh
membahayakan nyawamu.
2. Jangan
sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh
membunuh.
3. Jangan membuat
keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila kamu menyesal,
itu sudah telambat.
Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya,
“Di sini ada tiga buku roti
untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah
untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”
Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan
isterinya yang dia sangat cintai. Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu
dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya,
“Ke mana kau pergi?”
Pemuda itu menjawab,
“Ke suatu tempat kira-kira
20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.”
Orang itu berkata kepadanya,
“Wahai pemuda, jalan itu
sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai
dalam masa 5 hari sahaja.”
Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian dia
teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang.
Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada
serangan hendap.
Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di
tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah
mandi dia baring untuk tidur.
Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar jeritan yang
menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku.
Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia
kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya
sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa
dia telah mendengar. Kemudian tuan rumah itu berkata,
“Kamu tidak ingin tahukah
apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab,
“Tidak.”
Tuan rumah itu berkata,
“Kamulah tetamu pertama yang
meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya
menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar,
dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih
awal.
Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat,
tetapi akhirnya dia nampak rumahnya dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada
cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat
isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada
seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh
mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan
mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur
di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan
esoknya.
Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,
“Saya tidak akan bunuh
isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta
dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada
isteri saya bahawa selama ini saya tetap setia kepadanya.”
Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan
mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira
sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan
linangan air mata dia berkata kepada isterinya,
“Saya tetap setia padamu
tetapi kamu menghianati aku.”
Isterinya terkejut, lalu dia menjawab,
“Bagaiama saya menghianati
kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti kamu selama dua
puluh tahun.”
Kemudian si suami bertanya,
“Bagaimana dengan lelaki
yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab,
“Lelaki itu adalah anakmu.
Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya
yang kedua puluh tahun.”
Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia
berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami
selama pemergiannya.
Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan bersama
roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia
mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan,
wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang
dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, begitula umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta
kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang
kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga
berkat kebendaan.
"RENUNGAN BUAT KITA YANG SEMAKIN TUA"
1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yang boleh kita makan, makanlah;
» yang boleh kita pakai, pakailah;
» yang Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan
ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan
berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap
syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam
sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !
4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang;
membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan
mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan - semua itu
hanyalah sementara, hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yang Baik, sentiasa
membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela, mengawal diri. Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada... dan yang
terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati
kebahagiaan hίdυρ ini.
6. Kasih ibubapa kepada anak-anak tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak-anak terhadap ibubapa jelas batasnya.Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris; tapi tatkala
ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya-tnya ala kadar... Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang
tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!! Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA
mungkin.
7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi
rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak
semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA
Aku berdoa..
Muliakanlah yang membaca pesan ini;
Lapangkanlah hatinya;
Bahagiakanlah keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas lautan yang
Engkau ciptakan;
Mudahkan segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;
Jauhkan dirinya dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata
kasar, dan mungkar;
Jauhkan dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya; dan
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu.
Inspirasi...... JBU ALL
No comments:
Post a Comment