Thursday 15 November 2018

Tidak bagi kapal perang, boleh bagi bot kecil, kata Dr M kepada AS


Tidak bagi kapal perang, boleh bagi bot kecil, kata Dr M kepada AS: Jika strategi itu tidak melibatkan penghantaran ‘The Seventh Fleet’di kawasan berkenaan, kita akan menyambut baik perkara itu, katanya.

Hisham pesan Mindef ukur baju di badan sendiri


Hisham pesan Mindef ukur baju di badan sendiri: Peruntukan kementerian pertahanan dipotong sehingga RM2 bilion sedangkan kerajaan bayangkan mahu membeli berbagai kenderaan dan peralatan tentera.

Di mana suara pakar ekonomi seperti Dr. Jomo selepas Belanjawan 2019


Di mana suara pakar ekonomi seperti Dr. Jomo selepas Belanjawan 2019: KUALA LUMPUR 15 Nov. - Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) mempersoalkan di mana suara pakar-pakar ekonomi seperti Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dan Dr. Mohammed Abdul Khalid yang dilihat membisu dalam menyuarakan pandangan mengenai Belanjawan 2019.

Thursday 1 November 2018

KISAH PASANGAN MISKIN



Enan Reen bersama Rahmanz Zerna dan Catrina Isahac Damon.
4 Oktober jam 11:42 PTG
KISAH PASANGAN MISKIN

Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.

“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat. Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada saya, kerana saya akan setia kepada kamu.”

Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.

“Saya akan bekerja selama mana yang saya mahu dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mahu menerima gaji saya. saya mahu kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”

Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata,

“Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”

Majikan itu menjawab,

“Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”
Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata,

“Saya mahukan tiga nasihat itu.”

Majikan itu menekankan semula,

“Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”

Pemuda itu menjawab,

“Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.
3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.

Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya,

“Di sini ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”

Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya yang dia sangat cintai. Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya,

“Ke mana kau pergi?”

Pemuda itu menjawab,

“Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.”

Orang itu berkata kepadanya,

“Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”

Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang.

Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.

Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur.

Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.

Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar. Kemudian tuan rumah itu berkata,

“Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”

Pemuda itu menjawab,

“Tidak.”

Tuan rumah itu berkata,

“Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”

Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.

Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.

Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,

“Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa selama ini saya tetap setia kepadanya.”

Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya,

“Saya tetap setia padamu tetapi kamu menghianati aku.”

Isterinya terkejut, lalu dia menjawab,

“Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya,

“Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”

Isterinya menjawab,

“Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”

Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya.

Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan bersama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.

Kawan-kawan, begitula umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.

"RENUNGAN BUAT KITA YANG SEMAKIN TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yang boleh kita makan, makanlah;
» yang boleh kita pakai, pakailah;
» yang Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan - semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yang Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela, mengawal diri. Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada... dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa kepada anak-anak tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak-anak terhadap ibubapa jelas batasnya.Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris; tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya-tnya ala kadar... Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!! Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA

Aku berdoa..

Muliakanlah yang membaca pesan ini;
Lapangkanlah hatinya;
Bahagiakanlah keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan;
Mudahkan segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;
Jauhkan dirinya dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar;
Jauhkan dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya; dan
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu.

Inspirasi...... JBU ALL




NASIHAT YANG SANGAT MENGGURIS JIWA



MasjidAssalam_BatuRakit sedang bersama Zulfadhli Bin Sulong.
NASIHAT YANG SANGAT MENGGURIS JIWA


Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. 

Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan mengurus jasadmu.

Mereka akan melucuti pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanimu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, kuburan.

Akan ada banyak orang yang mengantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu.

Barang-barangmu akan dikemas; kunci-kuncimu, kitab, koper, sepatu dan pakaianmu. 

Jika keluargamu setuju barang-barang itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu.

Ekonomi akan tetap berlangsung!

Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain.

Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan diperhitungkan dari hartamu!

Orang yang mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

Di rumah ada kesedihan yg mendalam! 

Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun??

Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arsip kenangan!

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah-tengah manusia". 

Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, Akhirat!!

Telah musnah kemuliaan, harta, kesehatan, dan anak. 

Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. 

Kini hidup yang sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:

Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??

Hakikat ini memerlukan perenungan.

Usahakan dengan sungguh-sungguh; menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal salih, salat malam, dan amal soleh lainnya....

Semoga saja engkau selamat....

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat.

"Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin."

Alhamdulillah.. 

Aamiin ya'rabbal alamiin..



MENGAPA SUAMI BOSAN PADA ISTERINYA



Risty TagorSuka Halaman
MENGAPA SUAMI BOSAN PADA ISTERINYA

Merinding bacanya


Ada seorang lelaki berkata kepada seorang syekh:

"Dulu, sebelum menikah, aku melihat isteriku begitu indah, tiada duanya di dunia ini. Tapi, Ketika aku melamarnya, ternyata ada banyak wanita yang seindah dia. Ketika aku menikahinya, aku mulai merasa bahawa ada banyak wanita yang lebih cantik darinya. Sekarang, setelah hampir sepuluh tahun kami menikah, aku merasa bahawa semua wanita lebih menarik daripada isteriku."

Syekh itu menjawab: 

"Apakah engkau tahu, ada yang jauh lebih parah dari yang kau alami saat ini?"

"Tidak."

"Seandainya, engkau menikahi seluruh wanita di dunia, tanpa terkecuali, maka engkau akan merasa bahawa anjing-anjing yang berkeliaran di jalan jauh lebih menarik bagimu daripada wanita manapun."

Syekh itu melanjutkan

"Masalah sesungguhnya bukan terletak pada isterimu, tapi terletak pada hati rakusmu dan mata keranjangmu. Mata manusia tidak akan pernah puas, kecuali jika sudah tertutup tanah."

Lalu Syekh itu bertanya: 

"Apakah engkau ingin istrimu kembali seperti dulu, menjadi wanita terindah di dunia ini?"

"Iya Syekh," jawab lelaki itu dengan perasaan tak menentu.

"Tundukkan pandanganmu, pejamkanlah matamu dari hal-hal yang haram. Ketahuilah, orang yang merasa cukup dengan yang halal, maka dia akan diberi kenikmatan yang sempurna di dalam kehalalan tersebut."


CATATAN : JIKA DIA BELUM BAIK, DIDIK DIA SAMPAI JADI BAIK, BUKAN MALAH TINGGALKAN DIA DAN CARI YANG LEBIH BAIK




Wednesday 31 October 2018

Tragedi Gemencheh bukan baru



RASHIDI dianggap anak yang baik oleh ibunya
Tragedi Gemencheh bukan baru
Pembunuhan kejam empat sekeluarga menggemparkan negara.


"SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar."

Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, Siti
Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut dibunuh.


Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di dada.

Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

"Masih sukar untuk dilupakan. Setiap kali mahu lelapkan mata, pasti terbayang-bayang wajah orang-orang yang saya sayangi itu menemui ajal dalam keadaan yang menyedihkan," luah Siti Mariam Ismail, 19, orang pertama menemui empat mayat ahli keluarganya itu sekembalinya dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang.


DI lantai rumah ini, Mariam menemui mayat datuk, nenek dan bapanya yang terbujur kaku.

Menurut Mariam, kebiasaannya Ismail akan menjemputnya dengan motosikal di jalan besar. Namun, pada hari kejadian, kelibat bapanya tidak kelihatan dan dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah.

"Sampai saja di rumah, saya panggil kakak, tapi dia tak jawab. Pelik juga sebab biasanya dia akan sambut saya pulang. Bila saya buka pintu, saya nampak kakak terbaring di lantai dengan pisau terpacak di dadanya.

"Saya berlari ke rumah datuk dan nenek yang terletak berdekatan. Malangnya, di sana saya menemui pula datuk, nenek dan ayah terbujur kaku di lantai rumah," katanya yang masih trauma dan murung akibat kejadian itu.


Kasih ibu

Bagi Zaharah Atan, 59, peristiwa itu adalah tragedi paling besar dalam hidupnya. Beliau yang kematian suami, ibu, bapa serta anak perempuan turut diuji apabila suspek utama, Rashidi juga merupakan anaknya.

"Semasa kejadian, saya keluar bekerja di kilang ayam tidak jauh dari sini. Lebih kurang pukul 4.50 petang, ada jiran datang ke kilang dan menjemput saya pulang.

"Bila saya tanya kenapa, dia kata sabarlah. Bila sampai di rumah, saya nampak orang ramai dan kereta polis.

"Saya ingat ada pokok tumbang menghempap rumah. Disebabkan saya tak dibenarkan masuk ke rumah, saya duduklah di kebun getah," cerita beliau.


ZAHARAH reda tragedi yang menimpa keluarganya.

Apabila Mariam datang, Zaharah bertanya kenapa tetapi Mariam hanya menggelengkan kepala. Mariam pula menjawab 'ada' bila ditanya di mana kakaknya, Siti Khadijah.

Zaharah bertanya lagi, balik sekolah tadi naik apa? Mariam hanya kata jalan kaki dan tidak tahu kenapa bapanya tidak datang menjemput seperti biasa.

"Saya mula rasa sesuatu yang buruk telah berlaku. Setengah jam selepas itu, baru saya dapat tahu, suami, anak, ibu dan bapanya mati dibunuh," beritahu Zaharah kepada Jurnal.

Pada awalnya, Zaharah tidak percaya apabila Rashidi dikaitkan sebagai suspek utama sementelah dia disifatkan sebagai anak yang baik.

"Dia anak saya yang terbaik dalam pelajaran. Tak pernah dia tinggi suara, membentak atau bertempik dengan orang tua. Dengan adik-beradik pun dia tak macam itu," kata Zaharah.

Digambarkan sebagai anak yang soleh, Rashidi yang juga bekas pegawai bank itu sentiasa tersenyum.

Tidak pernah menyusahkan ibu bapa, Rashidi yang mendapat pendidikan sekolah agama juga amat disenangi oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.


LOKASI pembunuhan empat mangsa di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan Selasa lalu.

"Kalau diikutkan perangai Rashidi yang saya kenal, dia bukan panas baran orangnya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang mendorong dia buat begitu.

"Begitupun, saya reda dengan apa yang telah terjadi. Kalau ditakdirkan anak saya itu bersalah dan dihukum gantung, saya terima.

"Kalau dia disahkan sakit jiwa pun, saya masih terima dia sebagai anak.

"Saya memang marah dan terkilan, tapi itu tidak akan buang perasaan sayang saya pada dia," tuturnya yang sempat mencium pipi Rashidi semasa anaknya itu dibawa ke lokasi pembunuhan.


Bukan kes pertama

Menyelusuri misteri di sebalik kejadian ini, belum ada petunjuk kukuh yang dapat merungkainya.

Ada yang mengatakan ia berpunca daripada tekanan, sakit jiwa dan tidak kurang yang mengaitkannya dengan ilmu hitam.

Apa pun, kejadian yang menimpa keluarga Zaharah bukan kes pembunuhan beramai-ramai sebuah keluarga yang pertama dilaporkan di negara ini.

Pada Jun 1998, empat sekeluarga mati dibunuh kejam di Kampung Parit Hussin, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor.







Monday 22 October 2018

DIBALIK KETIDAKTAHUAN



Sahabat Al Quran
28 September jam 12:07 PTG


*Nabi NUH* belum tahu Banjir akan datang ketika ia membuat Kapal dan ditertawai Kaumnya.

*Nabi IBRAHIM* belum tahu akan tersedia Domba ketika Pisau nyaris memenggal Buah hatinya.

*Nabi MUSA* belum tahu Laut terbelah saat dia diperintah memukulkan tongkatnya.

Yang Mereka Tahu adalah bahwa Mereka harus Patuh pada Perintah ALLAH dan tanpa berhenti berharap yang terbaik.

Ternyata dibalik KETIDAKTAHUAN kita, ALLAH telah menyiapkan Kejutan!

SERINGKALI Allah berkehendak didetik-detik terakhir dalam pengharapan dan ketaatan hamba-hambaNYA.

Jangan kita berkecil hati saat spertinya belum ada jawaban doa. Kerana kadang Allah mencintai kita dengan cara-cara yang kita tidak duga dan kita tidak suka.

Allah memberi apa yang kita butuhkan, bukan apa yang kita inginkan!!

Lakukan bagianmu saja, dan biarkan Allah mengerjakan bagianNYA.


LANGKAH MENUJU SYURGA

Ada 5 perkara, kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya

1. Wajah yang menarik
2. Duit yang banyak
3. Sehat dan kuat
4. Anak-anak yang patuh dan sukses
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang


Hal itu Mudah kita peroleh, hanya butuh waktu 15 minit saja

Bagaimana caranya...

Nabi s.a.w. bersabda:

1. Siapa ysng tinggalkan *salat Subuh* maka wajahnya tak akan ada cahaya

2. Siapa ysng tinggalkan *salat Dzuhur* nescaya tak ada keberkahan dalam rezekinya

3. Siapa yang tinggalkan *salat Ashar* nescaya tak ada kekuatan dalam jasadnya

4. Siapa yang tinggalkan *salat Magrib* nescaya tak ada buah hasil yang boleh di petik dari anak-anaknya

5. Siapa yang tinggalkan *salat Isya'* tak ada kenyamanan dalam tidurnya.


Tahu kenapa kalimat *Laa ilaaha Illallaah* tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan?

Sebab ini adalah Rahmat dari Allah kepada kita supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimat itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak sulit untuk melafadzkan kalimat *Laa ilaaha Illallaah*.




Tuesday 16 October 2018

INILAH MACAM-MACAM SURGA



Sahabat Al Quran

27 September 2018


1. SURGA FIRDAUS,
2. SURGA ’ADN,
3. SURGA NAIM,
4. SURGA MA’WA,
5. SURGA DARUSSALAM,
6. SURGA DARUL MUQAMAH,
7. SURGA AL-MAQAMUL AMIN,
8. SURGA KHULDI.


1) SURGA FIRDAUS

Surga yang diciptakan dari emas yang merah dan di peruntukan bagi orang yang khusyuk sholatnya, menjauhkan diri dari perbuataan sia-sia, aktif menunaikan zakat, menjaga kemaluaannya, memelihara amanah, menepatijanji dan memelihara sholatnya.


2) SURGA ‘ADN

Surga yang di ciptakan dari intan putih dan di peruntukkan bagi orang yang bertakwa kepada ALLAH (An Nahl:30-31), benar-benar beriman dan beramal shaleh (Thaha:75-76), banyak berbuat baik (Fathir: 32-33), sabar, menginfaqkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan (Ar-Ra’ad:22-23).


3) SURGA NAIM

Surga yang diciptakan dari perak putih dan di peruntukkan bagi orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada ALLAH dan beramal shaleh. Al Qalam: 34


4) SURGA MA’WA

Surga yang diciptakan dari jamrud hijau dan di peruntukan bagi orang- orang yang bertakwa kepada ALLAH (An Najm: 15), beramal shaleh (As Sajdah: 19), serta takut kepada kebesaran ALLAH dan menahan hawa nafsu (An Naziat : 40-41)


5) SURGA DARUSSALAM

Surga yang di ciptakan dari yakut merah dan di peruntukkan bagi orang yang kuat imannya dan Islamnya, memperhatikan ayat-ayat ALLAH serta beramal shaleh.


6) SURGA DARUL MUQAMAH

Surga yang di ciptakan dari permataa putih dan di peruntukkan bagi orang yang bersyukur kepada ALLAH. Kata Darul Muaqaamah berarti suatu tempat tinggal di mana di dalamnya orang-orang tidak pernah merasa lelah dan tidak merasa lesu. Tempat ini diperuntukkan kepada orang-orang yang bersyukur sebagaimana yg di sebutkan di dalam surat Faathir ayat 35. Sedangkan surga Darul Muaqaamah ini terbuat dari permata putih.


7) SURGA AL-MAQAMUL AMIN

Surga yang di ciptakan dari permata putih. Kata Al-Maqamul Amin menurut Dr M Taquid-Din dan Dr M Khan berarti tempat yang dan di peruntukkan bagi orang-orang yang bertakwa sedangkan surga Al-MaqamulAmin ini terbuat dari permata putih.


8) SURGA KHULDI

Surga yang diciptakan dari marjan merah dan kuning diperuntukkan bagi orang yang taat menjalankan perintah ALLAH dan menjauhi larangannya (orang-orang yang bertakwa).


MASYA'ALLAH…

Semoga Kita semua termasuk ke dalam salah satu dari 8 macam surga di atas.

Aamiin Ya Robbal'alamin..

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku, saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin" dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin.

Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan,

1.  Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini

2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu, insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. 

Aamiin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title