Friday 7 July 2023

Amerika akan gunakan dron ganti jet pejuang


                                  :Dron AI tanpa juruterbang itu dijangka lebih murah dan tangkas berbanding                                          pesawat pejuang biasa yang mempunyai juruterbang. – Getty Images


Oleh KOSMO!

7 Julai 2023, 8:15 am


WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan 1,000 dron dikuasakan teknologi kepintaran buatan (AI) dalam masa beberapa tahun lagi bagi menggantikan pesawat pejuang konvensional dalam peperangan, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Dron jet pejuang tanpa juruterbang itu menjadi pilihan kerana harganya lebih murah dan lebih tangkas berbanding pesawat pejuang biasa.

Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (DARPA) pada 2019, menubuhkan lapan pasukan pakar komputer untuk membangunkan simulasi pertempuran udara jarak dekat pesawat tempur (dogfight) menggunakan AI.

Projek pertama seumpama­nya itu dikenali sebagai AlphaDogfight.

DARPA juga menganjurkan beberapa siri pertandingan menyerupai pertempuran udara sebenar dengan mengetengahkan dron AI bertempur.

Pesaingnya termasuk syarikat pertahanan utama AS seperti Lockheed

Martin dan Boeing, selain syarikat lebih kecil termasuk Heron System serta pasukan permulaan daripada universiti tempatan.

Tidak lama selepas itu, agensi berkenaan mengerahkan dron AI paling berkuasa milik Heron, untuk menentang jet pejuang dipandu juruterbang sebenar.

Seorang juruterbang jet pejuang F-16 Tentera Udara AS dikenali sebagai Banger kemudian bertempur dengan dron He­ron dalam simulasi menyerupai permainan video yang disiarkan secara online.

Banger yang duduk di dalam mockup kokpit F-16 bertempur dengan sebuah lagi jet pejuang F-16 dikuasakan oleh AI.

Dron AI Heron melakukan banyak pergerakan cemerlang dengan kelincahannya serta berjaya menangkis kelebihan utama manusia yang tidak dipunyai oleh AI iaitu kreativiti.

Tentera Udara AS kemudian memperoleh versi AI Heron yang ditambah baik digelar sebagai eksperimen XQ-58 AI. Eksperimen itu berlangsung selama beberapa tahun sehingga sekarang.

Dron pesawat pejuang AS itu akan dilengkapi sensor dan senjata dan sekiranya ia ditembak jatuh, tentera AS tidak akan mengalami kerugian besar seperti yang berlaku sebelum ini.

Selain itu, dron AI tersebut juga akan memberi pilihan kepada komander tentera untuk bertindak lebih agresif dan melakukan serangan kamikaze (bunuh diri) tanpa perlu bimbang juruterbang terkorban. – Agensi

 

Pautan: Amerika akan gunakan dron ganti jet pejuang

Iran Kini Pembekal Utama Dron “Murah, Berbahaya” – Amerika

Pegawai pertahanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa kemampuan sistem dron Iran itu telah meningkat sejak 2014, bermula daripada penggunaannya oleh militant Houthi yang disokong Teheran dalam serangan-serangan terhadap kemudahan minyak dan gas milik syarikat Saudi Aramco kepada serangan terhadap kapal-kapal komersial yang melalui perairan Teluk Parsi dan kini di medan peperangan di Ukraine.

By Admin On Apr 21, 2023

Dron-dron keluaran Iran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Konflik di antara Russia dan Ukraine telah memberikan peluang kepada Iran untuk muncul sebagai pembekal utama dunia bagi dron-dron “murah dan berbahaya”, menurut pegawai kanan pertahanan Amerika Syarikat.

Pegawai terbabit yang berkhidmat dengan Defense Intelligence Agency, sebuah agensi di bawah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat berkata, kemampuan Iran sebagai negara pengeluar dron telah melangkah setapak lagi daripada sebagai pembekal dron serantau kepada pembekal utama dron untuk tentera Russia dalam membantu kempen ketenteraannya di Ukraine.

Pada ketika ini, Iran membekalkan tiga jenis dron kepada Russia untuk digunakan di Ukraine terdiri daripada dron berani mati Shahed-131 dan Shahed-136 yang digunakan oleh Moscow sebagai ganti kepada peluru berpandu kruis.

Satu lagi dron yang dibekalkan Iran kepada Russia adalah dron pelbagai guna Mohajer-6 yang boleh digunakan untuk misi-misi ISR (Intelligence, Surveillance, Reconnaisance) serta dilengkapkan dengan sistem peluru berpandu untuk melaksanakan misi-misi serangan.

Pegawai-pegawai Iran percaya dron-dron keluarannya telah menarik minat banyak pelanggan berpotensi di seluruh dunia termasuk di China.

“Kekuatan kita telah berkembang, sehingga China mahu membeli 15,000 dron-dron kita,” menurut seorang pegawai Iran sebagaimana dipetik oleh sebuah portal berita ketika menyampaikan ucapan di sebuah universiti tempatan negara itu baru-baru ini.

Pegawai Amerika Syarikat menyatakan bahawa kemampuan sistem dron Iran telah meningkat sejak 2014, bermula daripada penggunaannya oleh militan Houthi yang disokong Teheran dalam serangan-serangan terhadap kemudahan minyak dan gas milik syarikat Saudi Aramco kepada serangan terhadap kapal-kapal komersial yang melalui perairan Teluk Parsi dan kini di medan peperangan di Ukraine.

Dalam serangan terhadap kapal tangki Mercer Street pada 2021, bedilan dron berani mati Iran terhadap kapal itu membunuh kapten kapal itu serta pegawai keselamatan warga Britain.

Peranan yang dimainkan oleh dron-dron keluaran industri pertahanan Iran telah jauh meningkat daripada peringkat serantau kepada konflik-konflik antarabangsa, sebagaimana yang ditonjolkannya pada konflik Russia-Ukraine.

Terdapat juga penganalisa yang berpendapat bahawa Iran sedang mengumpul kepakaran dalam penggunaan dron pada konflik Russia-Ukraine untuk membolehkannya membangunkan pula sistem pesawat pejuang tanpa pemandu.

Ia mungkin mahu mencontohi Turkiye, yang kini bergerak ke arah pembangunan pesawat pejuang tanpa pemandu (unmanned fighter jet) seperti “Kizilelma” selepas berjaya membangunkan sistem pesawat tanpa pemandu seperti “Anka’, Bayraktar TB2” dan pelbagai lagi. - DSA

 





Pautan: Iran pembekal dron utama “murah, berbahaya

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title