Bagaimana nasibnya esok hari.
Jika telah berlalu hari-hari semalam, baharulah kita mengetahuinya
kisah-kisah yang berlaku itu dalam lingkungan yang kita tahu akan peristiwanya.
Persoalannya adalah,
Mengapa Amerika berhempas pulas untuk menyerang Libya yang negara itu
memiliki beratus-ratus bilion 'aset' di
luar negara?
Kenapa Amerika melakukan komplot meruntuhkann bangunan WTC lalu
menuduh orang lain melakukannya selepas itu menyerang Afghanistan?
Mengapa Amerika yang mengisytiharkan perpindahan ibu negeri Israel
dari Tel Aviv ke Baitul Muqaddis selepas Korea Utara mengancamnya dengan
meluncurkan peluru berpandu berkuasa nuklear ke bumi Amerika, sebaliknya bukan
Israel sendiri mengisytiharkan perpindahan itu?
Adakah Amerika berkomplot menyerang Iraq kerana isu Kuwait semata-mata
atau pasaran minyak dunia akan dikawal oleh Iraq?
Apa kaitanya selepas ekonomi Amerika 2013 merosot, maka Malaysia dan
Arab Saudi terpalit turut menjunam ekonomi mereka selepas dua tahun peristiwa
itu melanda Amerika?
Budak darjah satu pun pandai berkira-kira.
Apa motif Arab Saudi menurunkan harga minyak sehingga paras nilaiannya
'diberi harga lelong', kemudian
menghadapi pengganasan dengan peruntukan dana besar walaupun tidak mengancam
negaranya dan 'menyerang Yaman'
dengan alasan remeh sehingga berhutang dengan IMF selepas itu menyita
harta-harta bilionair dan mengenakan cukai baru?
Akhirnya bayaran untuk urusan haji dan umrah meningkat.
Atau di Malaysia berlaku dengan takdir Allah s.w.t. kerana tiada motif
sehingga MH370 dilencongkan dan MH17 ditembak sehingga merudumkan ekonomi,
kesannya GST diperkenalkan dan pelaburan China mengaut untung?
Manakala negara-negara serantau tidak terjejas
Belum sampaikah perkhabaran-perkhabaran itu atau kurang difahami
akibat halangan jarak pandangan oleh jerebu, kabus awam, kegelapan malam atau
perut membuncit termakan barangan subahat?
Barangkali kita wajar mengimbas kembali bagaimana umat Islam
menghalang serangan musuh tetapi dalam masa yang sama melakukan serangan balas.
Korea Utara telah menunjukkan di hadapan mata kita bila berhadapan
dengan musuh.
Marilah kita mempelajari kejayaan umat Islam mendepani zaman mereka
dengan kejayaan.
Jangan terperangkap oleh anasir-anasir bermasalah menyandarkan
bangsanya sebagai cagaran kerana berita-berita palsu sedang bertebaran di
merata tempat.