Wednesday, 7 December 2022

PANDUAN PENGURUSAN NIKAH DI MALAYSIA


 

KATA PENGANTAR

 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufik dan ‘inayah-Nya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berjaya menerbitkan buku ‘Panduan Pengurusan Nikah di Malaysia’.

Buku ini adalah merupakan pengemaskinian dan penambahbaikan kepada isi-isi yang telah sedia ada dengan mengambil kira kepada undangundang/peraturan negara dan keperluan semasa jabatan dan masyarakat.

Penerbitan buku “Panduan Pengurusan Nikah Di Malaysia” kali kedua ini bertujuan untuk memantap dan meningkatkan kualiti pengurusan khususnya dalam urusan nikah, cerai dan ruju’. Pengurusan yang berkualiti akan menjamin perkhidmatan yang bermutu dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Mudah-mudahan dengan adanya buku yang telah dikemaskini ini, dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada semua Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’ di seluruh Malaysia. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin bagi memudahkan pengurusan nikah, cerai dan ruju’ di Jabatan Agama.

Akhir kata, setinggi ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha menerbitkan “Panduan Pengurusan Nikah Di Malaysia” ini. Semoga segala usaha murni ke arah kebajikan bersama ini mendapat keredaan dan diberkati Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

 

Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Syeikh Abdul Aziz

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 

Pautan: Panduan pengurusan nikah

Tuesday, 5 April 2022

BAGAIMANA MENDEPANI KOMPLOT DAJAL?




Ada sesiapa makhluk di muka bumi ini benar-benar mengetahui apa yang akan terjadi esok?

Bagaimana nasibnya esok hari.

Jika telah berlalu hari-hari semalam, baharulah kita mengetahuinya kisah-kisah yang berlaku itu dalam lingkungan yang kita tahu akan peristiwanya.

Persoalannya adalah,

Mengapa Amerika berhempas pulas untuk menyerang Libya yang negara itu memiliki beratus-ratus bilion 'aset' di luar negara?

Kenapa Amerika melakukan komplot meruntuhkann bangunan WTC lalu menuduh orang lain melakukannya selepas itu menyerang Afghanistan?

Mengapa Amerika yang mengisytiharkan perpindahan ibu negeri Israel dari Tel Aviv ke Baitul Muqaddis selepas Korea Utara mengancamnya dengan meluncurkan peluru berpandu berkuasa nuklear ke bumi Amerika, sebaliknya bukan Israel sendiri mengisytiharkan perpindahan itu?

Adakah Amerika berkomplot menyerang Iraq kerana isu Kuwait semata-mata atau pasaran minyak dunia akan dikawal oleh Iraq?

Apa kaitanya selepas ekonomi Amerika 2013 merosot, maka Malaysia dan Arab Saudi terpalit turut menjunam ekonomi mereka selepas dua tahun peristiwa itu melanda Amerika?

Budak darjah satu pun pandai berkira-kira.

Apa motif Arab Saudi menurunkan harga minyak sehingga paras nilaiannya 'diberi harga lelong', kemudian menghadapi pengganasan dengan peruntukan dana besar walaupun tidak mengancam negaranya dan 'menyerang Yaman' dengan alasan remeh sehingga berhutang dengan IMF selepas itu menyita harta-harta bilionair dan mengenakan cukai baru?

Akhirnya bayaran untuk urusan haji dan umrah meningkat.

Atau di Malaysia berlaku dengan takdir Allah s.w.t. kerana tiada motif sehingga MH370 dilencongkan dan MH17 ditembak sehingga merudumkan ekonomi, kesannya GST diperkenalkan dan pelaburan China mengaut untung?

Manakala negara-negara serantau tidak terjejas

Belum sampaikah perkhabaran-perkhabaran itu atau kurang difahami akibat halangan jarak pandangan oleh jerebu, kabus awam, kegelapan malam atau perut membuncit termakan barangan subahat?

Barangkali kita wajar mengimbas kembali bagaimana umat Islam menghalang serangan musuh tetapi dalam masa yang sama melakukan serangan balas.

Korea Utara telah menunjukkan di hadapan mata kita bila berhadapan dengan musuh.

Marilah kita mempelajari kejayaan umat Islam mendepani zaman mereka dengan kejayaan.

Jangan terperangkap oleh anasir-anasir bermasalah menyandarkan bangsanya sebagai cagaran kerana berita-berita palsu sedang bertebaran di merata tempat.





Tuesday, 15 March 2022

Kenapa LHDN Isytihar Perangi Ekonomi Bayangan?

 


BY NURIS

UPDATED 24 FEB 2022

 

Kalau korang nak tahu, baru-baru ni kerajaan mengisytihar perangterhadap ekonomi bayangan di Malaysia. Peperangan ni bukan calang-calang tau sebab  melibatkan agensi kerajaan utama di Malaysia seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Korang tahu jelah kan, kalau dah melibatkan agensi-agensi besar macam  ni, mesti  isu  serius dan bukan kaleng-kaleng ok! Tapi, kenapa kerajaan beria-ia sangat nak declare war dengan so-called penggiat seni shadow economy ni?


Ekonomi bayangan ni apa?

Menurut pakar kriminologi Datuk Seri Akhbar Satar,  ekonomi bayangan yang digelar jugak sebagai ekonomi bawah tanah atau mat salleh kata underground economy  berkait dengan aktiviti jenayah, termasuk penyeludupan senjata, tembakau, dadah, pelacuran, perjudian haram, pemalsuan pasport serta penyeludupan manusia.Senang cerita,, ekonomi bayangan ni sebenarnya kegiatan jenayah semata-mata.

 

Sumber: Press Reader

  

Tapi, jangan tak tahu pulak, sisi  lain  ekonomi bayangan ni termasuk jugak dalam so-called sektor formal yang tak didaftarkan seperti perniagaan yang tidak dilesenkan macam freelancer, pekerja sambilan dan cash economy. Kiranya kalau korang ni kerja sambilan macam berniaga online, pasar malam, main saham, broker kereta, broker tanah, remiser, atau  bawak grab, lepas tu  tak lapor pendapatan dekat LHDN, korang ni pun sebenarnya tergolong sekali dalam geng ekonomi bayangan tau. Haa… korang tergolong tak dalam geng ni?

Jangan terkejut tau, saiz ekonomi bayangan atau shadow economy di Malaysia ni adalah pada kadar 21% daripada saiz KDNK negara atau RM300-bilion. Uishh, bukan sikit der, korang tahu tak kalau RM300bilion ni berjaya dicukaikan at least dalam 30%, kita akan dapat dalam RM9bilion weh! RM9 bilion tu korang rasa sikit ke banyak? Agak-agak berapa banyak hospital dan sekolah boleh kita bina dan mesti banyak  cash aid yang kerajaan boleh bagi kat korang yang layak. Bestnya!

 

Apa kesan ekonomi bayangan ni?

Apa yang pasti, ekonomi bayangan ni akan berkembang dari masa ke masa. Jangan terkejut,  ramai kawan-kawan korang kat luar sana yang dah join  gig economy ni. Kan ni  trend pekerjaan zaman sekarang!. Orang putih cakap  “more freedom” gittew.

 

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

 

Korang tahu kan yang pekerja sektor formal dekat Malaysia ni antara penyumbang KDNK negara yang dicukai pendapatan yang diperoleh selepas melepasi syarat pendapatan. Tiap-tiap bulan kena bayar Potongan Cukai Bulanan (PCB) weh, kalau masuk bonus lagilah besar kena bayar PCB tu kan. Korang suka ke, tak suka ke, hasil cukai memang merupakan sumber pendapatan utama negara sejak merdeka lagi sampailah hari ni.

Kalau ikutkan fakta dari Kementerian Kewangan, hasil cukai pendapatan merupakan hasil utama negara yang menyumbang kepada 50% ke 55% pendapatan negara  setiap tahun. Tapi, ada satu lagi fakta yang korang kena tahu - jumlah taxpayer yang bayar cukai pendapatan taklah  ramai dan antara pembayar cukai pendapatan yang utama ialah mereka yang kerja makan gaji di sektor formal. Tak adil lah, kan?

Kesannya, taxpayer yang kerja kat sektor formal ni lah yang kena tampung jumlah hasil yang kurang setiap tahun sebab dorang yang lari dari cukai ni tak nak bayar cukai walaupun dah cukup haul nak bayar cukai pendapatan.  Jadi, nak tampung cukai yang kurang ni terpaksalah kerajaan perkenalkan cukai baharu atau naikkan kadar cukai memandangkan hasil negara berkurangan dan dikutip di bawah angka yang sebenar.



Tapi, korang kena faham yang masalah ekonomi bayangan ini tak dapat nak setel sepenuhnya tapi boleh diminimumkan dengan meletakkan undang-undang sebagai teras utama kepada setiap kegiatan ekonomi. Sekurang-kurangnya kegiatan ekonomi ini dapat dicukaikan dan hasilnya dapat dipulangkan kepada negara dalam pakej subsidi dan pembangunan.

 

Ada cara tak, nak settlekan masalah ni?

Peranan LHDNM

Sebagai Lembaga yang kebanyakan orang takut dan lari kat Malaysia ni, LHDN dilihat sebagai satu agensi utama yang akan menggerakkan perang ini. LHDN berperanan dalam aspek audit dan siasatan yang menyeluruh terhadap individu, perniagaan dan syarikat yang selama ni menipu pelaporan pendapatan mereka dan lari dari bayar cukai yang sebenar. Aktiviti pengesanan LHDN amat kritikal dalam mengesan mereka yang selama ini gagal melaporkan pendapatan mereka padahal kaut pendapatan berlipat ganda berbanding mereka yang bergaji sederhana tapi tetap bayar cukai pendapatan.



Sumber: Astro Awani

 

Kalau korang nak tahu LHDN ni bukan calang-calang punya agensi kerajaan tau, dorang dah bangunkan SOP berlandaskan teknologi seperti Big data, analitik dan artificial intelligence yang yang orang kata ampuh 7 lok nak kesan aktiviti ekonomi bayangan ni. Ini Termasuk aktiviti pendidikan cukai yang akan terus diperkasa selaras dengan taste masyarakat hari ini yang luar biasa. Jaga-jaga LHDN sentiasa memerhati tau!


Peranan Rakyat Jelata



Kalau LHDNM sorang je buat kerja pun tak boleh jugak, tapi perlunya agen ketiga, iaitu rakyat sendiri yang menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa. Selain daripada jadi mata-mata kepada pihak berkuasa seperti PDRM dalam mencegah jenayah, rakyat diharapkan jugak dapat membantu melaporkan sebarang aktiviti perniagaan yang mencurigakan kepada LHDN, SPRM dan PDRM. Kan bagus macam tu, barulah adil dengan orang yang bayar cukai!

 

Peranan Kerajaan

Rasanya tak guna jugak bila pihak LHDNM atau kita yang marhaen ni dah pulun habis-habis nak banteras jenayah ni tapi tak ada sokongan kerajaan - sebagai tunjang utama dalam merangka dasar dan undang- undang pencegahan serta percukaian yang memberi manfaat kepada negara.

 


Sebagai contoh aktiviti perniagaan (business to business) yang melibatkan penggunaan matawang crypto seperti bitcoin yang mana undang-undang penggunaan matawang digital ni  masih samar-samar tapi termasuk dalam radar pihak kerajaan bagi peningkatan hasil negara.


Peringatan!

Kita semua memainkan peranan penting dalam memerangi kegiatan ekonomi bayangan ni. Pentingnya untuk kita sama-sama bantu negara dalam mengutip cukai pendapatan. Ni semua pun untuk siapa lagi kalau bukan untuk kita, rakyat Malaysia. Tak rugi pun weh, takyah risau k!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.


Pautan: Ekonomi bayangan Malaysia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title