Tuesday 5 January 2021

BERDOA DI WAKTU YANG TEPAT




Tuan puan yang dikasihi Allah s.w.t. Doa adalah permohonan seorang hamba kepada Allah s.w.t. ketika menginginkan dan mengharapkan sesuatu.

Dan Tuhan kamu berfirman:




"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Quran, surah Ghaafir: 60)




"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Quran, surah al-Baqarah: 186)

Berdoalah sebagaimana para nabi-nabi a.s. melakukannya. Maka, berdoa pada waktu yang tepat, tiada kesangsiaan padanya. Insya Allah berdoalah dengan keceriaan mengharapkan akan dikabulkan Allah s.w.t..

Berikut adalah antara tips-tips berdoa di waktu yang tepat tanpa menurut keutamaan susunannya:

Banyak berdoa ketika sedih dan susah atau saat lapang dan gembira.

Doa mohon kesalehan.

Mohon senentiasa dalam taubat.

Menghindari kesesatan.

Mohon keluarga sakinah.

Ketika mendengar azan berkumandang.

Waktu di antara azan dan iqamah.

Sebelum salam pada saat salat fardu.

Sebelum salat fardu.

Selepas salat fardu.

Sepanjang waktu malam sepertiga malam.

Pada sepertiga malam.

Dua pertiga malam.

Saat sedang sujud dalam salat.

Setiap sujud pada setiap waktu salat.

Pada hari Jumaat.

Saat sedang berpuasa.

Ketika berbuka puas

Pada hari Jumaat.

Saat sedang berpuasa.

Ketika berbuka puasa.

Ketika sahur.

Selepas salat tahajud.

Waktu dhuha.

Ketika ijab qabul.

Selepas salat dhuha.

Ketika ayam berkokok.

Selalu bersalawat.

Salat berada di saf hadapan.

Mendengar berita gembira, lalu sujud syukur.

Wanita hamil kerap berwirid.

Wanita yang mengelek-gelek bayinya.

Mereka yang sedang menunggu salat/berjemaah.

Tidur dalam keadaan suci.

Orang sakit yang redha.

Pada malam lailatul qadar.

Pada malam aidilfitri.

Pada malam aidiladha.

Saat turun hujan.

Waktu antara Zohor dan Asar pada hari Rabu.

Pada hari Arafah (9 Dzulhijjah).

Saat perang tengah berkecamuk.

Ketika meminum air Zam-zam.

Ketika melihat Baitullah.

Ketika berniat melakukan umrah.

Ketika berniat melakukan haji.

Ketika melakukan jimak dengan isteri.

Pada ketika berbuka puasa.

Ketika sedang sujud dalam salat.

Ketika sebelum salam pada salat wajib.

Selepas salat fardu.

Pada waktu membaca syahadah akhir setiap wqktu salat.

Waktu di antara dua khutbah pada salat Jumaat.

Ketika sujud dalam salat.

Pemimpin yang adil.

Ibu bap Doa anak saleh.

Anak berdoa kepada ibu bapanya.

Doa kepada anaknya.

Berdoalah pada waktu yang tepat moga-moga doa kita tiada hijab baginya.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title